FM.com.my - Radio Online Malaysia

Home
   Register to Listen   Chatroom   Channel Guide
Advertisement
FM.com.my
ForumThreaded View
Welcome, Guest
Please Login or Register.    Lost Password?
FM.com.my General Chatroom Jokes and Funny Stuff
lawak giler... (1 viewing) (1) Guests
Go to bottom Post Reply Favoured: 5
  • Page:
  • << Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
TOPIC: lawak giler...
Forum Tools
  • Post New Topic
  • Show latest posts
#465
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 2 Weeks ago Karma: 8  
Kisah Kanggaru

Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.

Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "A! gak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?".

Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#466
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 2 Weeks ago Karma: 8  
Teman Sekatil

"betul yati, buat apelah aku bohong, si farid dah ada teman sekatil mase ko takde kat sini, body dia solid mcm biola, suaranya merdu menusuk hati, aku tak tipu ko, si faizal yg bg tau kat aku." yati terkejut bercampur geram mendengar kata-kata ina, teman serumahnya. sampai hati farid sanggup menduakannya. masih belum cukupkah layanan yang aku berikannya kepadanya. segalanya telah ku serahkan kepadanya, maksud aku hati aku ni, takkan setelah aku serahkan body baru dia setia padaku. aku lihat diriku pada cermin, apa kurangnya aku ni, muke dah le cute, body jgn ckp le, pernah orang ckp yg aku ni lebih cantik dari nasha aziz. tak boleh jadi ni, esok aku mesti pergi ke rumah farid, biar aku ajar pompuan yg tak sedar diri tu. aku nak lihat secantik mana dia tu, menurut lina, cutting badannya seksi macam biola, habis tu ape kurangnya aku..sampai hati farid sanggup mencari pompuan lain sebagai teman sekatil dia, tu baru seminggu aku tinggalkan dia kerana pergi berkursus, kalo sebulan..
keesokan paginya aku pergi ke rumah farid. dari jauh aku terdengar suara. itu bukan suara farid. memang sah, farid berkongsi ranjang dengan orang lain. tetiba aku terdengar suara faizal, teman serumah farid." cepatlah farid, buka zip dia, aku tak sabar dah ni, malam tadi ko je yang main, bile plak turn aku, aku dah gian gile sebab dah lama tak main"..
masya-allah. .apa nak jadi dengan pakwe aku sekor ni, siap bertukar2 turn plak ni, kecian betul kat pompuan sekor tu, tak pasal2 jd mangsa kerakusan 2 org lelaki..ni tak boleh jadi, aku mesti pantas bertindak..ape nak jadi, jadilah..
dgn penuh marah aku terus meluru ke dalam bilik. "sampai hati abang menduakan yati, selama! ni yati setia kat abg, ni ke balasan abg terhadap segala pengorbanan yati selama ni"..
" eh... bile yati sampai, kenape tak call abg dulu"
"yati memang sengaja tak nak bgtau abg, yati nak saksikan sendiri kecurangan abg, mana betina tu, biar aku ajar2 pompuan murahan tu"
"ape yg yati merepek ni, mana ada pompuan dlm umah ni, si faizal ada le.."
"abg jgn nak cube tipu yati, ina ada bgtau yati yg abg ada teman sekatil, lgpun td yati dengar perbualan abg dgn faizal tadi, mana abg sorokkan dia?"

"bertenang yati, memang benar abg dah duakan yati, tapi yati harus terima dia jugak, abg benar2 sygkan dia, lgpun dia masih baru"
"yati tak kira, sekarang abg pilih samada yati @ betina jalang tu?"
"ape yang ko merepek ni setan, takkan dgn gitar baru aku ni pun ko nak cemburu buta?.siap nak berpisah, ko ni dah tak betul ke?"
malu gile aku pagi tu... celaka punye ina, jaga kauuuuu... ... ... ... ... ...
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#467
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 2 Weeks ago Karma: 8  
Rahsia tak guna

Rahsia tak boleh pakai.
Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.

"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?

"Dua puluh empat."
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#468
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 2 Weeks ago Karma: 8  
Mamak oh Mamak

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.



Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?


Mamak: Saya bini juga surat India mari.


Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....


Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!


Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!


Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?


Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.


Ali: ?
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#469
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 2 Weeks ago Karma: 8  
Taul ah akibatnya

"Suatu pagi... seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi grahamnya yang rosak. Badannya besar dan gagah tetapi sangat takut dengan jarum suntikan.

Waktu si doktor mahu menyuntik....lelaki tadi berkata..."Doktor...tolong jangan suntik, saya takut!".

Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat
penenang untuk diminum agar rasa takutnya berkurang.

Lalu si doktor berkata... "Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?".

Lelaki menjawab..."Iya...sekarang saya merasa lebih berani...Siapapun yang menyentuh gigi saya akan tau akibatnya..."
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#470
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 2 Weeks ago Karma: 8  
Penerbangan

Pada sebuah penerbangan dari Kuala Kumpur ke Australia .

"Ini Kapten Kamal berbicara".

"Atas nama seluruh anak kapal kami mengucapkan selamat datang dan selamat menikmati perjalanan anda bersama Hebat Airlines nombor penerbangan MH101 dari
Kuala Lumpur menuju Australia ".

"Saat ini kita berada pada ketinggian 35000 kaki ke arah timur".

"Jika anda melihat ke luar jendela pada sisi sayap, maka anda akan melihat bahwa kedua mesin sedang terbakar"

"Jika anda melihat ke luar jendela arah ke belakang, maka anda melihat bahagian ekor sudah mulai tercabut"

"Jika anda melihat ke bawah ke laut, anda akan melihat perahu darurat kecil berwarna kuning dengan tiga orang melambaikan tangan kepada anda"

"Mereka adalah saya iaitu kapten anda, beserta co-pilot dan seorang pramugari. Anda sedang mendengarkan rakaman pesan saya"
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#471
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 2 Weeks ago Karma: 8  
Dah masuk lapan bulan ni...

Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan...

Setelah mendapat gilirannya di kaunter...pegawai berkenaan terus bertanya tentang loan yang ingin dibayarnya..."Berapa bulan, Puan...?"

Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab. "Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya.
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#472
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 2 Weeks ago Karma: 8  
Jangan Terlalu Yakin

Amin baru saja tersedar setelah menjalani p_embed_ahan, dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : "Syukurlah, semuanya sudah berlalu..."

"Jangan terlalu yakin", kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya.

"Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani p_embed_ahan sekali lagi...!"

Yusril yang berada disebelah kiri tempat tidurnya menyela : "Kelmarin dulu, aku juga mengalami p_embed_ahan ulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas p_embed_ahan di dalam perutku.."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru : "Adakah sesiapa yang melihat handphone saya?"
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#473
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 2 Weeks ago Karma: 8  
Kurang ajar!

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan..."Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan...saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata, "Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini...saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf...Yang Arif..." pengunjung tadi berkata..."Saya adalah jiran pesalah...sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, pisau dan parang... dia selalu cakap... tidak ada!"
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#474
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 2 Weeks ago Karma: 8  
Kucing la....

Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan...dan mencuri seekor ikan tenggiri..

Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya: "Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?"

"Tentu saja!" jawab pakar konselor... Penjual Ikan bersorak kegembiraan

"Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."

Pakar konselor tanpa sepatah kata pun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut...

Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut.... kandungannya: "
RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
Go to top Post Reply
  • Page:
  • << Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
Forum List General Chatroom Jokes and Funny Stuff
FM Malaysia Portal Chatroom

 Members Login



Not registered yet? Join our community for free now!


Mailing List:
Subscribe to our mailing list and receive the latest promotion and updates about FM Malaysia Portal(Your privacy is 100% protected)
© 2008 FM Malaysia Portal - FM Malaysia, Listen online now!
FM Malaysia Portal