FM.com.my - Radio Online Malaysia

Home
   Register to Listen   Chatroom   Channel Guide
Advertisement
FM.com.my
ForumThreaded View
Welcome, Guest
Please Login or Register.    Lost Password?
FM.com.my General Chatroom Jokes and Funny Stuff
lawak giler... (1 viewing) (1) Guests
Go to bottom Post Reply Favoured: 5
  • Page:
  • << Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
TOPIC: lawak giler...
Forum Tools
  • Post New Topic
  • Show latest posts
#582
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 1 Week ago Karma: 8  
ader 2 sekawan namanya diam,masalah dan kesopanan......satu hari....mereka bertiga berjalan2 dibandar...oleh kerana merasa keboringan yang amat sangat....tiba2 kesopanan teringin untuk membuang air besar...lalu dia pun ke tandas...sementara menunggu kesopanan..diam mengajak masalah bermain sorok2...diam ditugaskan untuk mencari masalah...sedang mencari....diam disapa seorang seorang pegawai polis....pegawai polis bertanya...

polis:kamu cari aper?
diam: MASALAH
polis:???saper nama kamu?
diam : DIAM
polis:kurang ajar...dimana kesopanan kamu?
diamI DALAM TANDAS
polis:
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#583
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 1 Week ago Karma: 8  
Kisah Kasih Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#584
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 1 Week ago Karma: 8  
Rahim & Minah

Disuatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Minah.

Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernama Leman untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Minah ni tadi.

Kerana ingin menghargai kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepada Leman, "Leman, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Leman, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Leman tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman pulang kerumah. Sampai ke rumah, di dapati Minah sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Minah.

Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut but ku."

Leman buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin ku.."

Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata...

"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

Ekekekek... apa yg engkorang pikir haaa???

dah.... gi buat keje tu....
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#585
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 1 Week ago Karma: 8  
Cerita "Doktor Pakar"

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. "Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.

"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.

"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.

"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.

"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul...
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#586
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 1 Week ago Karma: 8  
JALAN TERKANGKANG

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang- kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry"
Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki"

Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang. ..
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#587
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 1 Week ago Karma: 8  
Menyesal tanya

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu
pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah
keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan
di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?"

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah
"bukan itu maksud saya"

Lalu di ajukan soalan yang lain..
"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri.
Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah
padam dia menyambung "maaf, bukan itu maksud saya"

Sekali lagi dia cuba bertanya
"maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"

Separuh penduduk wanita berdiri.
Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi

"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,
siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain,
maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari,
menyesal tanya.
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#588
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 1 Week ago Karma: 8  
Sebuah jenaka lama tetapi menjadi agak relevan sejak akhir-akhir ini...

Parman dan Sutijah merupakan pekerja kontrak dari Indonesia. Kedua-duanya jatuh cinta setelah bersama-sama bekerja dalam satu projek pembinaan disekitar KL. Para pekerja kontrak telah disediakan dengan rumah kongsi yang kurang selesa kerana walaupun ada pekerja yang dah kawin namun terpaksa tinggal dengan pekerja yang masih bujang.

Akhirnya Parman dan Sutijah pun berkahwin. Namun depa berdua ni masih tinggal dirumah kongsi walaupun dah berkahwin bersama-sama dengan pekerja yang masih bujang. Bak kata orang putih tader 'privacy' lansung. Ada juga beberapa pasangan pekerja yang dah kawin di situ. Depa berdua ni terpaksa la tidur di atas pangkin. Di bawah pangkin depa tuh ada satu lagi pasangan yang baru berkahwin. Iskh memang tader 'privacy' langsung lah lelebih lagi depa nih baru berkahwin.

Cuba korang semua bayangkan camana tuh....memang masalah bosar betul. Nak cakap pun takbleh kuat-kuat. Lepas tuh nak gerak gerak pun tableh lasak sangat. Yerler dah la duduk atas pangkin. Kalau gerak lelebih kang berbunyi la pulak pangkin antik tuh. Memang jelas la kedengaran pangkin tuh kalau depa bergerak gerak. Kalau nak buat projek pun depa berdua ni kene pastikan bebetul yang orang lain dah tido. Dan sebagai langkah memudahkan, depa berdua ni terpaksa menggunakan bahasa isyarat tertentu. Bahasa isyaratnya ialah "kamu mau makan oren" Dan sutijah akan menjawab "Mau". Sebagai couple yang baru berkaahwin, setiap malam depa mau 'makan oren'.

Perkara ini berlanjutan sehingga berminggu lamanya sehinggalah satu kejadian yang tidak diingini pada satu malam. Jam sudah menunjukan pukul 12 tengah malam. Parman dan Sutijah yakin bahawa penghuni di rumah kongsi itu sudah lena tidur kerana kedengaran banyak dengkuran. Namun Parman tetap menggunakan bahasa isyarat. "Kamu mau makan oren" kata Parman kepada Sutijah. Belum sempat Sutijah menjawab " mau " tiba-tiba rakannya yang tidur di bawah pangkin berkata :" Makan oren boleh saja tapi airnya jangan meleleh ke bawah udah ya!"

Malam itu tertutup selera Sutijah untuk makan oren. Esoknya Parman terus berjumpa dengan majikannya untuk mencari rumah yang lain...

Moralnya citernya...Jangan asik makan oren saja...perlu tukar-tukar juga sama ngan buah lain.
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#589
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 1 Week ago Karma: 8  
Telur Separuh Masak

Jojo dan Shasha membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke

klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka

membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang badan

anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "beri makan telur

separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia

melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#612
bro_din (User)
Gold Boarder
Posts: 245
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:KISAH2 LAWAK... HAHAHAHAHA.. 9 Months, 1 Week ago Karma: 8  
pelancong

suatu hari seorang pemandu teksi telah mendapat seorang penumpang mat saleh. mat saleh telah meminta pemandu teksi tersebut membawanya pusing pusing di sekitar kuala lumpur dan menceritakan padanya tentang kuala lumpur. apabila mereka melalui bangunan dayabumi, pemendu teksi dengan bangganya berkata kepada mat saleh tadi, (dah di alih ke bahasa melayu) "tuan, ini ialah bangunan dayabumi yang dibina dengan batu marmar. bangunan ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan." maka mat saleh pun menjawab, "eleh kat tempat aku cuma ambil masa 6 bulan je untuk disiapkan". kemudian mereka sampai pulak kat kl tower. pemandu teksi pun berkata untuk menguji mat saleh itu," tuan, inilah menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia, kami ambil masa 2 bulan untuk membinanya." dengan bongkaknya mat saleh pun menjawab,"kat tempat aku cuma ambil masa 2 minggu aje nak buat menara macam ni tau". maka bengang la si pemandu teksi tadi. apabila mereka sampai dekat klcc, pemndu teksi itu hanya diam aje tanpa berkata apa apa. mat saleh tu pun bertanya pulak,"bangunan ni pulak berapa lama pulak negara kamu ambil masa nak siapkan?" "bangunan yang mana tuan?" tanya pemandu teksi. "ni bangunan berkembar ni," jawab mat saleh. "pemandu teksi pun menjawab,"eh! semalam saya lalu takde lagi, hari ni dah ada, masa bila diorang buat bangunan ni?" maka terdiam la mat saleh tu....
 
Report to moderator   Logged Logged  
 
BY BRO_DIN
  The administrator has disabled public write access.
#613

Go to top Post Reply
  • Page:
  • << Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
Forum List General Chatroom Jokes and Funny Stuff
FM Malaysia Portal Chatroom

 Members Login

Not registered yet? Join our community for free now!

Mailing List:
Subscribe to our mailing list and receive the latest promotion and updates about FM Malaysia Portal(Your privacy is 100% protected)
© 2008 FM Malaysia Portal - FM Malaysia, Listen online now!
FM Malaysia Portal